Friday, October 8, 2010

rahsia jutawan..

Dr Thomas Stanley, penulis buku The Millionaire Mind telah melakukan survey di kalangan beribu-ribu jutawan. Survey yang saya ingin kongsikan ini pasti menarik minat anda. Surveynya adalah…
Apakah faktor-faktor kejayaan seorang jutawan? Berikut adalah jawapan mengikut turutan top 10…
  1. Being honest with all people
  2. Being well discipline
  3. Getting along with others
  4. Having a supportive spouse (husband/wife) (penting ni! no.4 :) )
  5. Working harder than most people
  6. Loving my carreer / business
  7. Having strong leadership qualities
  8. Having a very competitive spirit / personality
  9. Being very well organized
  10. Having the ability to sell my ideas / products
Dari pengalaman saya sendiri, memang tepat faktor-faktor yang disebutkan di atas.
Adakah anda memiliki faktor-faktor ini? Yang mana antara faktor ini yang anda kekurangan? (bagi yang belum berumah tangga, no.4 tak kira… mungkin perlu keluarga yang supportive!)

6 comments:

  1. Perniagaan apa?

    Ni memang soalan favourite ramai yang tanya saya. Perniagaan apa yang boleh jadikan kita usahawan jutawan?

    Selalunya saya akan tanya balik kepada yang bertanya. Rasa-rasanya perniagaan apa? Dan jawapan yang saya selalu dapat…

    Perniagaan hartanah
    Perniagaan construction
    Perniagaan telekomunikasi
    Perniagaan restoran…
    …dan sebagainya!
    Hendak tahu jawapannya? Jawapannya adalah….

    Semua perniagaan boleh jadi jutawan!

    Tak kira apa sahaja perniagaan, kita boleh jadi usahawan jutawan. Tak percaya? Lihat sahaja semua industri… bukankah ada jutawan yang tercipta?

    Jual produk kecantikan boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… usahawan Sendayu Tinggi, De Navichee dan ramai lagi telah membuktikannya!
    Jual kasut boleh jadi jutawan tak? Tentunya boleh… siapa tak kenal Jimmy Choo, usahawan jutawan kelahiran Malaysia yang menempa nama sampai ke Hollywood!
    Jual perkhidmatan design boleh jadi jutawan? tentunya boleh… thats where my first million came from!
    Jual baja boleh jadi jutawan? Jual kacang boleh jadi jutawan? Jual keropok boleh jadi jutawan? Jual ikan boleh jadi jutawan? Jual basikal boleh jadi jutawan? Jual dompet boleh jadi jutawan? Jual gitar boleh jadi jutawan?

    Semuanya boleh. Sebut sahaja apa sahaja industri dan pastinya ada usahawan jutawan dalam industri tersebut!

    Oleh itu, berhenti dari mencari alasan industri ni tak boleh… indistri itu tak boleh… industri ni susah dan sebagainya. Semua industri boleh mencipta usahawan jutawan. Ianya bergantung kepada usahawan - ANDA - sendiri! Kalau tak jadi usahawan jutawan, bukan salah industri. Tetapi SALAH KITA.

    ReplyDelete
  2. Tip kali ini agak sukar diimplementasikan, namun, ianya tidak mustahil- saya sendiri boleh membuktikannya Sekiranya ia dapat diimplementasikan, ia akan memberi pulangan yang berlipat kali ganda dalam perniagaan anda.

    Tip kali ini: miliki perkataan.

    Maksudnya adalah, apabila orang ramai terdengar satu atau dua perkataan itu, nama perniagaan anda adalah pertama sekali difikirkan. Sebagai contoh:

    “Fast food” - kita akan teringat McDonalds pertama
    “Pizza” - kita akan teringat Pizza Hut pertama
    “Pizza Delivery” - kita akan teringat Dominos pertama
    “Ubat gigi” - kita akan teringat Colgate pertama
    “Overnight delivery” - kita akan teringat FedEx pertama
    “Seluar jeans” - Kita akan teringat Levi’s pertama
    “Jutawan Internet” - Kita akan teringat … ?

    Satu cara untuk memiliki perkataan dan menjadi pertama yang difikirkan adalah dengan menjadi pertama sekali di dalam industri tersebut. Menjadi pioneer.

    Sering kali sekiranya anda menjadi pioneer dalam industri anda, anda akan menjadi yang pertama sekali diingati dan akan dikaitkan dengan perkataan tertentu.

    Berita baiknya adalah, perniagaan-perniagaan yang memiliki perkataan di atas bermula sebagai perniagaan kecil-kecilan sahaja!

    Apa lagi contoh perniagaan-perniagaan yang sering kita kaitkan memiliki perkataan?

    PS: Sertai Workshop Jutawan Internet pada 26hb August ini untuk mengetahui teknik dan strategi dalam memiliki perkataan supaya dapat memberi daya saingan yang hebat berbanding dengan pesaing anda.

    ReplyDelete
  3. Tak pandai speaking… semua orang pandai speaking, sebab speaking maksudnya bercakap Tapi yang selalunya yang dimaksudkan adalah, tak pandai berbahasa Inggeris… tak pandai speaking la tu.

    Dua hari lepas ketika saya di rancangan HOT Hello On Two, ada pemanggil (namanya Audrey) membuat panggilan ke studio ketika live on air dan memuji bahasa Inggeris saya. Pelik juga oleh kerana pemanggil-pemanggil yang lain bertanya mengenai Internet, tetapi Audrey memuji bahasa Inggeris saya dan mengatakan “…sounds like music to my ears” (Thank you very much Audrey!).

    Bagi anda yang mengenali saya, saya lebih selesa berbahasa Malaysia (Bahasa Melayu ke bahasa Malaysia?:) ). Menulis buku Rahsia Jutawan-Jutawan Internet pun berbahasa Malaysia pada mulanya (kemudian bari di alih bahasa ke Inggeris). Kalau bercakap dengan kawan-kawan pun, berbahasa Malaysia. Tip satu minit ini pun berbahasa Malaysia.
    Jadi, apakah tip untuk fasih berbahasa Inggeris?

    Walaupun saya bercakap bahasa Malaysia, menulis bahasa Malaysia, bergaul dalam bahasa Malaysia, tetapi…

    Saya berfikir dalam bahasa Inggeris. Setiap masa, saya bercakap dengan diri saya sendiri dalam bahasa Inggeris. Sekiranya ada masalah, saya selesaikannya dalam kepala menggunakan bahasa Inggeris.

    Saya dapati, berfikir dalam bahasa Inggeris dapat memperbaiki dan membuatkan saya lebih fasih berbahasa Inggeris. Tambahan, bila kita berfikir, orang tidak tahu yang kita sedang melatihkan diri sendiri sehari suntuk setiap masa.
    Kini, dengan banyak berlatih berbahasa Inggeris dalam fikiran, untuk memberi ceramah/talk sehari suntuk dalam English pun tiada masalah.

    Berbahasa Inggeris adalah agak penting dalam dunia perniagaan untuk meluaskan lagi pasaran anda.

    So, to improve your English, think in English

    ReplyDelete
  4. Beberapa tahun yang lalu, saya tidak percaya bahawa terdapatnya satu skill dimana sekiranya anda mahir menggunakannya, ia akan mengubahkan hidup anda. Namun, skill ini adalah antara perkara yang paling ditakuti oleh orang ramai…

    Public Speaking Skill!

    Ya- sekiranya anda mahir pengucapan awam (public speaking), ianya akan mengubahkan hidup anda. Public speaking adalah antara skill yang dimiliki oleh orang-orang yang berjaya. Bill Gates, Donald Trump, Richard Branson, Warren Buffet… dan yang lain-lain mahir dengan public speaking.

    Beberapa tahun lalu, saya amat takut dengan public speaking. Sehinggakan saya tidak percaya bahawa public speaking boleh membantu dalam kejayaan. Hingga tiba masanya saya memaksa diri memahirkan diri dengan public speaking, keyakinan saya berubah dan kejayaan pun berganda!

    Sekiranya anda tanya sesiapa sahaja kenalan saya ketika di sekolah rendah, sekolah menengah, ITM hingga universiti, semua ketika itu tidak akan sangka bahawa public speaking kini menjadi sebahagain hidup saya. Sekiranya saya yang dulunya pendiam dan pemalu pun boleh lakukannya, saya yakin anda juga boleh.

    Kini pun masih pendiam dan pemalu

    ps: Public speaking bukan sahaja untuk berceramah, tetapi sebagai skill komunikasi bersama teman pejabat, pelanggan, majikan, di dalam meeting, negotiating, dan apa jua keadaan berkomunikasi dengan orang ramai yang kita kenal atau tidak dikenali.

    ReplyDelete
  5. Dari posting semalam, ramai juga ingin tahu tip-tip untuk kurangkan malu. Masyarakat Malaysia sememangnya ramai sangat yang pemalu. Dari pengalaman saya tinggal di Uk lebih 10 tahun, amat jarang melihat mat salleh yang pemalu. Ini kerana sejak sekolah rendah lagi setiap pelajar dimestikan public speaking di hadapan perhimpunan.

    Saya ni pemalu ke? Mungkin yang kenal saya sejak dulu, akan kata saya ni pendiam & pemalu. Macam mana pula sekarang ni tiba-tiba jadi muka tak malu pula

    Berikut adalah beberapa tip:

    Tip Malu #1
    Untuk mengurangkan perasaan malu, lakukan langkah sedikit demi sedikit. Kalau tiba-tiba buat public speaking atau public appearance, memang la tak berani and rasa malu. Tetapi, buat sedikit- sedikit, contoh, kalau dalam meeting tak pernah bersuara, paksakan diri untuk bersuara walaupun sedikit sahaja. Lama kelamaan, perasaan malu akan berkurangan sedikit demi sedikit.

    Tip Malu #2
    Perasaan malu datangnya terutama dari kita risaukan tanggapan orang. Contoh, kita takut “apa pula nanti orang kata kalau saya bersuara”. Di sini anda perlu berfikiran positif dan sentiasa fikirkan orang ramai tidak akan bertanggapan negatif tentang anda. Fikirkan orang ramai ingin mendengar apa yang anda ingin kongsikan. Pada hakikatnya, ia memang benar- orang disekeliling anda ingin mengetahui lebih dalam mengenai anda!

    Tip Malu #3
    Yang ini favourite saya. Berlakon macam anda tidak malu. Orang ramai sebenrnya tidak tahu yang anda malu. Oleh itu, tak perlu tunjukkan yang anda ni pemalu. Berlakon seperti Rosyam Nor ke, seperti Erra ke, yang anda bukan seorang yang pemalu. Anda akan mendapati dalam sedang berlakon itu, perasaan malu akan hilang tiba-tiba!

    Cuba ketiga-tiga tip di atas dan anda juga lambat laun akan menjadi muka tak malu

    ps: Sifat pemalu sememangnya ada baiknya. Cuma jangan jadikan sifat pemalu itu menghentikan kejayaan anda!

    ReplyDelete
  6. Dalam perniagaan, semestinya penampilan pertama adalah amat penting untuk bakal pelanggan kita, terutamanya perniagaan yang berbentuk perkhidmatan dan kita mempunyai direct contact dengan pelanggan.


    Ada yang tanya pada saya, penting ke mempunyai kereta besar dalam perniagaan? Selalunnya bila sebut kereta besar merujuk kepada Mercedes & BMW la…

    Lihat 3 contoh kawan saya di bawah. Kisah benar ni…

    Kawan saya Chia merupakan seorang agent insurans. Membawa kereta Mercedes. Saya tanya pada dia… hebat la Chia ni, bawak kereta Merc. Mesti bisnes hebat. Jawab Chia, Kereta Merc ni adalah pejabatnya. Bila dia berjumpa client nak menjual insurance & pelaburan, dia perlu tunjuk yang dia pun mempunyai gaya hidup yang tinggi, dan kepentingannya mempunyai perlindungan dan pelaburan dari segi kewangan. Kereta Mercedes Chia memberi penampilan kepadanya bahawa beliau adalah seorang yang berjaya dalam bidang insurance dan dapat menarik pelanggan-pelanggan yang mempunyai pendapatan yang tinggi.
    Kawan saya Roy pula memiliki perniagaan perabot. Perniagaan biasa-biasa sahaja tetapi Roy membawa kereta Mercedes juga. Katanya, target clientnya adalah hotel-hotel. Untuk target market upscale sebegini, tak boleh la dirinya bawa kereta biasa-biasa. Bila bawa Mercedes, menunjukkan beliau merupakan usahawan perabut yang berjaya, terus dapat membina keyakinan dan kredibiliti kepada pelanggan-pelanggan yang upscale seperti hotel & syarikat2 besar.
    Kawan saya pula merupakan photographer. Bawa kereta pun boleh tahan Mengapa as a photographer bawa kereta hebat-hebat? Katanya, untuk menarik pelanggan yang hebat-hebat juga. Pelanggannya terdiri dari golongan-golongan VIP, artis dan sebagainya. Baginya, kereta besar adalah satu pelaburan untuk menarik target market yang lebih tinggi. Agak-agaknya kalau bawa kereta kancil atau proton… mudah tak nak tarik golongan2 high class ni? Pastinya susah!
    Membawa kereta hebat, selain daripada sememangnya minat, keselesaan dan menambah keyakinan diri kita, sekiranya digunakan dengan strategi yang betul, boleh menjadi satu strategi perniagaan yang hebat. Cara sebenarnya adalah, kereta besar bukanlah untuk menunjuk-nunjuk, tetapi, ia juga membantu dalam menjayakan perniagaan dan meningkatkan keyakinan & kredibiliti kita di mata pelanggan!

    Janji, jangan sebab nak bawa kereta besar sebab nak menunjuk-nunjuk tetapi terpaksa mengikat perut nak membayar pinjaman dan maintenance kereta yang mahal setiap bulan, dah la…

    ReplyDelete